Trend ‘Jemur Asam Keping’ Makin Menular Dikalangan Anak Muda Melayu Sekarang!

.

Tak habis-habis lagi ke trend sampah yang menyakitkan mata ni dok ‘membiak’?? Bila lah dorang nak tamatkan semua ni, hah?? Berbulu jer mata Miss tengok gelagat dorang bergambar terkangkang seperti minta kaki untuk pijak dorang sampai lumat..

Kebanyakkan yang melakukan bergambar gaya ‘jemur asam keping’ tu, perempuan lah.. Geram pulak Miss tengok dorang tergedik-gedik terkangkang macam minah di atas tu, dan dikelilingi dengan ramai lelaki..

Lelaki boleh jer bergambar baik, minah tu pulak melebih-lebih bergambar macam tu.. Huh! Korang lihat jer lah gambar di atas tu, cantik ke dapat bergambar macam tu??

Haishh! Macam-macam perangai anak gadis zaman sekarang ni kan, seperti dah tak ada benda yang faedah dorang nak buat.. Ada jer benda tak senonoh dan tak berfaedah nak ditonjolkan!

Kenapa lah nak memalukan diri dengan melakukan benda yang tak berfaedah macam tu?? Apa yang korang dapat? Dapat menunjuk betapa lembutnya kaki korang semasa bergambar macam tu?? Itu belum lagi yang bergambar dengan gaya sembah, itu lagi bikin panas Miss bila tengok!

Sampaikan budak sekolah rendah dan tadika pun sudah pandai terikut dengan trend sampah tu semua! Macam-macam ragam orang sekarang ni, kadang kala tu sudah terlampau sampai menyakitkan mata jer melihat! - MissHana/Utaranews.com

0 Response to "Trend ‘Jemur Asam Keping’ Makin Menular Dikalangan Anak Muda Melayu Sekarang!"

Post a Comment