.
Peminat siri animasi popular Naruto berpeluang menyaksikan watak-watak kegemaran mereka beraksi di atas pentas Mei nanti.
Pementasan tersebut akan diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa (MIECC) Mines, Seri Kembangan pada 30 dan 31 Mei depan.
Selain Malaysia, produksi ini juga mengumumkan bahawa pementasan ini akan turut diadakan di Singapura (Resort World Theatre pada 6 dan 7 Jun) dan Macau (The Venetian Theatre pada 22, 23 dan 24 Mei).
Pementasan tersebut menampilkan Kodai Matsuoka sebagai Naruto, Ryuji Sato (Sasuke), Yui Ito (Sakura), Kenta Suga (Gaara), Yuki Kimisawa (Hatake Kakashi), Kazuhiro Hinakawa (Third Hokage), Miho Imamura (Haku) dan Asahi Uchida sebagai Momochi Zabuza.
Naruto, sebuah animasi yang berasal dari Jepun, menampilkan kehidupan ninja merupakan antara animasi popular di seluruh dunia.
0 Response to "Aksi 'Live' Naruto bakal Gamatkan Kuala Lumpur."
Post a Comment