Aksi berani "Queen Cobra'' Cium ular tedung.!

.
JBPM, (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) Memaparkan beberapa keping gambar seorang anggota bomba wanita yang manis tetapi ligat bermain dan memegang ular Tedung Selar bersaiz agak besar tanpa rasa takut.
BombaWanita_2
CIUM.. aksi anggota bomba wanita yang digelar Queen Cobra mencium bahagian bawah kepala seekor ular tedung dalam satu persembahan di hadapan murid dan guru-guru sekolah.
BombaWanita_3
Gambar itu diambil ketika pasukan bomba membuat demonstrasi persembahan di hadapan murid di sebuah sekolah.
Penulis sendiri naik gerun melihat salah satu gambar memperlihatkan anggota bomba wanita berkenaan mencium rapat ular tanpa ada rasa bimbang dan gementar.
Bagaimanapun seperti pesanan JBPM di Facebook, aksi tersebut dilarang sama sekali untuk ditiru kerana ia dilakukan pegawai bomba yang berkelayakan dan bertauliah, juga diselia oleh Wira Penyelamat.
BombaWanita_4


0 Response to "Aksi berani "Queen Cobra'' Cium ular tedung.!"

Post a Comment