3 bahan membuat Lilin cara yang mudah.

.
Seperti kita sedia maklum, bekalan elektik yang terputus di beberapa kawasan bencana banjir telah menyebabkan permintaan tinggi terhadap lilin untuk menerangi suasana malam.
Namun, semata-mata mahu mengaut untung lebih segelintir  peniaga lilin bertindak menaikkan harga ke tahap melampau hingga ada yang menyifatkan perbuatan itu sebagai ‘cekik darah’ kepada mangsa banjir.
Siapa sangka, dalam situasi mendesak ini muncul individu memberi idea cara untuk membuat ‘lilin tiruan’.
Cara membuat  sendiri lilin yang ditunjukkan ini bukan sahaja mudah malah barang-barang yang diperlukan senang didapati.
Apa yang diperlukan cuma tiga bahan asas iaitu beras, minyak masak dan  tisu.
Semudah satu, dua, tiga..  lilin buatan sendiri ini memadai untuk digunakan bagi ‘menerangi’ hidup mangsa banjir buat sementara waktu.
Rata-rata mangsa banjir yang membuatnya turut mengaku ianya bukan sahaja berkesan malah mampu bertahan agak lama setanding lilin ‘original’.
- Selamat mencuba! – 

0 Response to " 3 bahan membuat Lilin cara yang mudah. "

Post a Comment