Banjir Sarawak: Gadis Derita Lapar Terperangkap 3 Hari.

.
BINTULU – Dia bukan saja terpaksa menahan lapar selama tiga hari, malah turut menderita kesejukan terperangkap dalam hutan akibat hujan lebat dan banjir selepas dilaporkan hilang ketika memancing bersama rakan di Sungai Segan, di sini, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, mangsa Christina Senie David, 14, dari rumah panjang Nyaing, di sini, menyelamatkan diri apabila terdengar bunyi bot melalui kawasan sungai berkenaan sebelum mempertaruhkan nyawa berenang untuk mendapatkan bantuan.
Secara kebetulan, bot itu pula dinaiki anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Bintulu yang dalam misi menghantar bekalan makanan dan keperluan mangsa banjir di Rumah Panjang Giri, di sini.
Sumber berkata, ketika diselamatkan pasukan bomba kira-kira jam 9 pagi, mangsa dalam keadaan lemah akibat kelaparan, selain menggigil kesejukan.
Menurutnya, Christina dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ketika memancing bersama tiga rakannya menaiki perahu di sungai itu, namun mereka terpisah akibat hujan lebat dan air pasang besar ketika turun ke kawasan hutan berhampiran. – Bernama.

0 Response to "Banjir Sarawak: Gadis Derita Lapar Terperangkap 3 Hari."

Post a Comment