Seorang Pelajar remaja bertindak ganas apabila `bergusti’ dengan guru sendiri.

.
NEW JERSEY – Gara-gara marahkan gurunya yang merampas telefon bimbit, seorang remaja bertindak ganas apabila `bergusti’ dengan guru sendiri.
Pelajar itu yang berusia 16 tahun, hilang kawalan terhadap guru Fiziknya yang berusia 62 tahun di sekolah tinggi John F. Kennedy.
Video pergelutan itu sempat dirakamkan pelajar di kelas terbabit. Ia memperlihatkan pelajar itu memegang pinggang gurunya dan menghempas lelaki itu ke atas meja.
Sementara pelajar lain hanya mampu menjerit kerana terkejut tetapi tidak seorang pun cuba menghentikan perbuatan kurang ajar rakan sekelas mereka itu.
Pelajar terbabit digantung sekolah dan turut didakwa kerana mengakibatkan kecederaan.
Dalam pada itu, seorang bekas guru di sekolah yang sama, Lee McNulty, berkata, guru terbabit tidak melakukan sesuatu ketika dipukul.
“Adalah jelas bahawa golongan guru takut kehilangan pekerjaan, justeru mereka tidak boleh memukul semula pelajar,” katanya.
Persatuan guru dilaporkan kecewa kerana pelajar lain tidak membantu guru terbabit.

0 Response to "Seorang Pelajar remaja bertindak ganas apabila `bergusti’ dengan guru sendiri."

Post a Comment