Sayu.. Kain Rentang 'Khabar Duka' Majlis Kahwin Tak Jadi Pengantin Meninggal Dunia

.
Sebuah keluarga terpaksa menggantungkan kain rentang bagi memaklumkan pembatalan majlis perkahwinan hari ini berikutan kematian pasangannya selepas terbabit kemalangan di Singapura, Jumaat minggu lalu. 
Bapa saudara arwah, Musa Basar, 50, berkata, walaupun sedih melihat kejadian itu di Facebook, mereka faham kesedihan keluarga berkenaan kerana mereka sendiri masih bersedih. 

"Arwah Noor Helmee Roslan, 23, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Singapura ketika dalam perjalanan ke republik itu pada jam 3 pagi, Jumaat minggu lalu. 

"Akibat kemalangan itu, majlis persandingan yang dijadualkan hari ini terpaksa dibatalkan dan kami faham keluarga pihak perempuan menggantung kain rentang untuk memberitahu tetamu yang mungkin tidak tahu kejadian sebenar. 

"Malah, kami terpaksa mengubah majlis menyambut menantu pada 21 Mei ini kerana majlis itu sepatutnya membabitkan arwah serta adiknya yang sepatutnya bersanding bersama pasangan masing-masing," katanya ketika ditemui hari ini. 

Sementara itu kisah sedih berkenaan diviralkan menerusi laman sosial Facebook (FB) yang memuatkan gambar kain rentang di pasang keluarga pengantin perempuan selepas terpaksa membatalkan majlis perkahwinan hari ini akibat kematian pasangannya. 

Malah keluarga pengantin turut meminta orang ramai sedekah al-Fatihah kepada bakal pengantin lelaki di atas kembalinya arwah ke Rahmatullah.

0 Response to "Sayu.. Kain Rentang 'Khabar Duka' Majlis Kahwin Tak Jadi Pengantin Meninggal Dunia"

Post a Comment