Kedah TOLAK Tajaan RM30Juta DHERBS. Inilah Komen PEDAS KJ Yang Buat Dato Aliff TERPANA !!!

.
Kedah TOLAK Tajaan RM30Juta DHERBS. Inilah Komen PEDAS KJ Yang Buat Dato Aliff TERPANA !!! | Pihak penaja disaran tidak meletakkan syarat di luar kemampuan persatuan bola sepak negeri, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata sebaliknya penaja perlu meletakkan syarat yang mampu dilaksanakan oleh persatuan bola sepak negeri yang akhirnya akan memberi pulangan seimbang kepada kedua-dua pihak.
1
“Nasihat saya kepada persatuan bola sepak negeri semak terma perjanjian terlebih dahulu agar tidak berat sebelah dan memberikan pulangan adil kepada kedua-dua belah pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri Kedah di sini, semalam.
Khairy berkata pihak penaja juga tidak boleh mengaitkan kerajaan negeri berhubung isu penajaan kerana persatuan bola sepak negeri dan kerajaan negeri merupakan entiti berbeza.
Katanya pihak penaja juga tidak perlu meletakkan syarat tambahan selepas perjanjian telah ditandatangani kerana persatuan bola sepak perlu melaksanakan syarat yang telah ditetapkan mengikut perjanjian.
Khairy berkata setiap penajaan adalah amat baik kepada persatuan bola sepak negeri dalam meningkatkan mutu pasukan bola sepak tetapi ia tidak perlu menggadaikan sesuatu demi untuk mendapatkan penajaan.
Beliau berkata penaja juga tidak seharusnya mencampuri urusan persatuan bola sepak negeri dengan memegang jawatan tertentu yang boleh menjejaskan pengurusan sesuatu pasukan.
“Saya tak pernah dengar sebelum ini ada penaja campur tangan dalam hal pengurusan pasukan bola sepak negeri walaupun di kelab bola sepak luar negara,” katanya.
Katanya beliau akan membawa perkara ini pada mesyuarat dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu depan bagi membolehkan semua persatuan dan kelab bola sepak berhati-hati dengan syarat penaja agar tidak timbul pelbagai isu pada masa depan.
Mengenai tindakan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak penajaan Syarikat D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Khairy berkata tindakan KFA adalah tepat selepas persatuan itu tidak dapat memenuhi permintaan daripada penaja.
Pada 4 Mei lepas, Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar mengumumkan persatuan itu menolak penajaan syarikat berkenaan yang bernilai RM30 juta bagi tempoh tiga tahun kerana tidak bersetuju dengan beberapa syarat yang ditetapkan penaja itu. — Bernama via The Malay Mail.

0 Response to "Kedah TOLAK Tajaan RM30Juta DHERBS. Inilah Komen PEDAS KJ Yang Buat Dato Aliff TERPANA !!!"

Post a Comment