Maklumat mengenai penerbangan Mh370 yang malang.

.

KUALA LUMPUR – Kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 pada awal pagi 8 Mac 2014 sehingga ke hari ini, masih kekal misteri.
Penerbangan ke Beijing, China, dengan 239 penumpang itu terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara hampir sejam selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Berikut adalah maklumat mengenai penerbangan malang itu:
Pesawat
————
* MH370 menggunakan Boeing 777-200ER yang dikuasakan oleh dua enjin Rolls Royce Trent 892.
* Diserahkan kepada MAS pada Mei 2002 dan sejak itu, ia merekodkan 53,465.21 jam dengan 7,525 kitar.
* Penyelenggaraan dilakukan pada 23 Feb 2014 dan penyelenggaraan berjadual berikutnya dijadualkan pada 19 Jun 2014.
* Ia dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pegawai pertama Fariq Abdul Hamid.
* Berlepas dari KLIA pada 12.41 tengah malam dan dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
* Terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 1.30 pagi.
* Pada 24 Mac 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa laluan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Penumpang: 239
———————–
* Anak kapal: 12 (semua rakyat Malaysia)
* Penumpang: 227 (termasuk dua bayi) terdiri daripada 13 kewarganegaraan:
** Malaysia – 38
** China – 152
** Indonesia – 7
** Australia – 7
** Perancis – 4
** Amerika Syarikat – 3
** New Zealand – 2
** Ukraine – 2
** Kanada – 2
** Rusia – 1
** Taiwan – 1
** Belanda – 1
** India – 5
** Iran – 2
Mencari dan Menyelamat
———————————-
* Sekurang-kurangnya 26 negara terlibat dalam operasi SAR, dan banyak syarikat seperti Petronas, Boustead dan Deftech menyediakan bantuan teknologi dalam carian itu.
* Kawasan carian awal termasuk di Laut China Selatan, Selat Melaka. Carian kemudian diperluaskan kepada dua koridor yang seluas 7.68 juta kilometer persegi.
Koridor utara meliputi kawasan utara Thailand ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan manakala koridor selatan merangkumi Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
* Lima hari kemudian, fokus carian dipindahkan ke Lautan Hindi selepas data satelit menunjukkan penerbangan itu berakhir di kawasan itu.
* Pada 28 Jan 2015, carian dilakukan di kawasan sejumlah 18,000 kilometer persegi di dasar laut Lautan Hindi. – BERNAMA

0 Response to "Maklumat mengenai penerbangan Mh370 yang malang."

Post a Comment