Inilah Rumah Mewah Bernilai RM20 Juta Milik Datuk Seri Vida

.


Siapa yang tak kenal dengan Datuk Seri Vida yang popular menerusi produk Pamoga dan Qu Puteh dan tagline yang sering kita dengar iaitu "Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih".

Datuk Seri Vida juga kembali popular setelah menaja rancangan Gegar Vaganza musim kedua yang menjadi viral dan mencatatkan rating yang tinggi di Malaysia baru-baru ini.

Menerusi satu rancangan tv bersama Aznil Hj Nawawi, Datuk Seri Vida telah menunjukkan sedikit sebanyak barangan peribadi miliknya.

Ini termasuk rumah mewah, barang kemas dan juga koleksi kereta. Yang paling best ialah rumah mewah bernilai RM20 juta.

Untuk pengetahuan Datuk Vida ada sebanyak 17 koleksi rumah di Ipoh, Perak.

Datuk seri Vida juga memiliki sebanyak 20 koleksi kereta termasuk sebuah kereta super mewah Lamborghini. (LIHAT SINI).

INI GAMBARNYA












16 Gambar - Aznil Dedah Kekayaan Dato' Seri Vida Yang Terlajak Kaya


Aznil Dedah Kekayaan Dato' Seri Vida Yang Terlajak Kaya
Baru-baru ini sebuah rancangan yang dikelolakan oleh Aznil Haji Nawawi telah mendedahkan bagaimana kekayaan Dato' Seri Vida atau nama sebenarnya Dr. Hasmiza Othman, Pengasas Vida Beauty.

Antara yang didedahkan ialah Dato' Vida mempunyai 17 buah rumah di ipoh, Perak dan juga di Kelantan berharga jutaan ringgit (rumah terkini RM22 juta), 20 buah kereta dan sebuah motorsikal Harley-Davidson berharga RM300,000 yang tersimpan tidak digunakan, berlian serta emas jutaan ringgit dan banyak lagi.

Nampaknya, Dato' Vida bukan setakat jutawan... tetapi multi-jutawan dalam usia muda 43tahun. Jika dinilai kesemua hartanya... kemungkinan beliau memiliki ratusan juta ringgit. 

Malah secara berseloroh Aznil bertanya mengapa Dato' Vida tidak membeli kapal terbang persendirian? Jawab Vida, kalau beli ia satu pembaziran kerana dia hanya berulang-alik dari Perak, Kelantan dan Kuala Lumpur sahaja.

Bagaimanapun, dalam rancangan tersebut, beliau menafikan yang beliau mahu menunjuk-nunjuk kekayaan tersebut. Katanya dia sekadar memberi inpirasi kepada usahawan atau sesiapa sahaja agar berusaha keras sekiranya mahu mencapai kejayaan sepertinya itu. 

KOLEKSI BEG TANGAN BERJENAMA





MOTORSIKAL HARLEY-DAVIDSON TERSADAI BERNILAI RM300,000



KERETA ALA KAPALTERBANG YANG PUNYAI SEAT URUT


KOLEKSI KERETA MEWAH




RUMAH BARU BERHARGA RM22 JUTA



4 BUAH BANGLO UNTUK MASA DEPAN ANAK-ANAK


KOLEKSI PAKAIAN


RANTAI, EMAS BERLIAN DAN PERMATA





0 Response to "Inilah Rumah Mewah Bernilai RM20 Juta Milik Datuk Seri Vida"

Post a Comment