.
ANAK perempuan mendiang penyanyi Whitney Houston dijumpai dalam keadaan tak sedarkan diri dalam tab mandi di rumahnya, di Georgia, Amerika Syarikat.
Bobbi Kristina Brown, 21, dilaporkan ditemui oleh suami dan seorang rakan yang kemudiannya menghubungi talian kecemasan.
Brown, kemudiannya di bawa ke Hospital North Fulton dan menurut jurucakap Jabatan Polis Roswell, Lisa Holland, ketika ditemui Brown masih hidup dan bernafas.
“Dia masih hidup dan bernafas, namun perkembangan keadaannya pada masa ini saya tidak tahu.
“Penyiasat kini berada di hospital dan rumahnya,” kata Holland dalam satu sidang media.
Insiden ini dikatakan menyamai kematian tragik ibu Brown yang dijumpai mati dalam tab mandi pada Februari 2012 di Hotel Beverly Hilton menjelang acara tahunan Anugerah Grammy. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Ditemui Tak Sedarkan Diri Dalam Tab Mandi"
Post a Comment