Daging manusia dalam makanan tin corned beef?

.

KUALA LUMPUR: Kini, tersebar berita yang diviralkan di media sosial, khususnya Facebook (FB) berkaitan pengetinan makanan daging cencang (corned beef) dari China yang didakwa mengandungi daging manusia.

Dalam FB seorang wakil rakyat di Kuching, menulis, “Saya mohon Kerajaan Persekutuan dan semua kementerian dan jabatan yang berkaitan menyiasat semua ‘corned beef’ dari negara China dan membuat pemeriksaan forensik mengenainya serta memberi penerangan yang sepatutnya untuk rakyat kita sama ada dakwaan dalam artikel ini benar atau tidak. Adalah lebih baik jika semua produk yang disyaki diembargokan.”

Awalnya, sebelum ini kandungan viral yang berasal dari FB ini ternyata berpunca daripada rumor berita yang dicetak di akhbar tempatan Zambia awal Mei.

Berita tersebut kemudiannya diperbesarkan semula di media sosial secara meluas termasuk FB oleh moderator dan netizen.

Di bahagian Afrika, Duta Besar China untuk Zambia, Yang Youming segera mengeluarkan kenyataan rasmi membantah khabar angin berkaitan pemprosesan makanan tin corned beef yang didakwa mengandungi daging manusia itu.

Kerajaan China membantah laporan yang menuduh syarikat di negara tersebut mengetin daging manusia dan menjualnya ke Afrika dalam bentuk makanan tin corned beef.

Rumor yang muncul di media sosial termasuk Facebook turut menampilkan foto jijik dan menyeramkan yang didakwa sebagai sebahagian daripada proses pengolahan daging manusia.

Harian Daily Post menerbitkan laporan beritanya menulis, “Tiada yang dapat menyangkal kemungkinan perkara tersebut satu kenyataan kerana kita semua tahu Asia memiliki penduduk terbanyak di dunia.”

“Oleh kerana China kelebihan populasi hingga tiada lagi tempat sekalipun untuk meludah, lalu apa yang dilakukan bagi jasad orang mati di China? Jawapannya mungkin mengekport jasad berkenaan ke Afrika dalam bentuk makanan daging dalam tin,” coret harian berkenaan.

Youming mendakwa berita tersebut fitnah dan pembohongan yang sukar diterima.

“Kami mengecam keras perilaku semacam ini,” tambah Youming.

Sementara itu, Wakil Menteri Pertahanan Zambia, Christopher Mulenga memberi jaminan, kerajaannya akan menyiasat tuduhan isu sensasi berkenaan.

“Zambia menyesali insiden ini kerana hubungan kedua-dua negara yang sangat hangat. Dan berjanji memastikan tindakan segera menyiasat perkara tersebut,” kata Mulenga. – Sarawakvoice.com

- See more at: http://sarawakvoice.com/2016/05/22/daging-manusia-dalam-makanan-tin-corned-beef/#sthash.8QooeA4f.dpuf

Aktivis Anti Makan Daging Berbogel, Ala Lady Gaga

SEKUMPULAN anti-pemakan daging di Sepanyol melakukan demonstrasi bagi meningkatkan kesedaran agar tidak memakan daging lembu di kalangan penduduk di sana, baru-baru ini.

Dalam demostrasi yang dilakukan di Barcelona itu, beberapa sukarelawan berlakon menjadi daging sebenar yang dilumuri darah, dibungkus dan dibalut dengan plastik pembungkus seperti yang sering terdapat di pasaraya.
Sukarelawan Anti Makan Daging Bogel, Jadi 'Daging'
Sukarelawan Anti Makan Daging Bogel, Jadi 'Daging'
Sukarelawan Anti Makan Daging Bogel, Jadi 'Daging'
Tujuan mereka adalah menggalakkan masyarakat setempat tidak melakukan kezaliman dengan memakan daging sebaliknya hanya mengambil sayur-sayuran sebagai menu utama seperti dilakukan golongan vegetarian.
Imej protes yang dilakukan mereka ini seakan mengimbas kembali gaun yang diperagakan penyanyi Lady Gaga, ketika menghadiri majlis Anugerah Muzik Video MTV, enam tahun lalu.
Bagaimana pun Gaga menggayakan gaun diperbuat daripada daging sebenar itu, bagi menimbulkan efek unik dan pelik yang sinonim dengan imejnya selama ini. – MYNEWSHUB.CC


Sukarelawan Anti Makan Daging Bogel, Jadi 'Daging'
LADY GAGA

0 Response to "Daging manusia dalam makanan tin corned beef?"

Post a Comment