Pulau Palawan Pulau rahsia.

.

Sukar untuk mempercayai mengapa Filipina tidak menjadi sebuah destinasi perlancongan tropika pilihan ramai kerana negara kepulauan itu mempunyai pelbagai tarikan menarik seperti selam skuba, mendaki, aktiviti pantai dan pulau-pulau yang cantik.
Palawan, pulau rahsia yang diibaratkan sebagai syurga dunia tersembunyi.
Palawan, pulau rahsia yang diibaratkan sebagai syurga dunia tersembunyi.

Palawan contohnya, mungkin masih belum dikenali seperti pulau-pulau ternama lain di Thailand, Indonesia atau Malaysia namun Palawan diibaratkan sebuah syurga tersembunyi.

Pulau rahsia ini baru sahaja dinobatkan sebagai Pulau Terhebat di Dunia oleh Conde Nast Traveler’s Reader Choice Awards.
Dihiasi indah dengan air laut berwarna kebiru-biruan dan hijau zamrud, Palawan dilatari gunung-ganang dan hutan menghijau boleh diakses sama ada dengan bot atau kapal terbang.

:Aktiviti menarik dan keindahan Palawan membuatkan anda tidak ingin pulang.
:Aktiviti menarik dan keindahan Palawan membuatkan anda tidak ingin pulang

Sungai bawah tanah yang diiktiraf UNESCO sebagai perkara paling unik di dunia.
Sungai bawah tanah yang diiktiraf UNESCO sebagai perkara paling unik di dunia.
Sekiranya anda memilih kapal terbang, ia hanya mengambil masa kira-kira sejam setengah daripada Manila atau anda juga boleh terbang daripada Iloilo dan Cebu.
Waktu terbaik untuk ke Palawan adalah di antara bulan Oktober hingga Mei..
Digambarkan sebagai sempadan terakhir, Palawan memiliki artifak berusia 50,000 tahun.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah island-hopping di kepulauan Bacuit dan temuilah hidupan liar yang jarang-jarang dijumpai seperti ketam ungu dan rusa Filipina.
Jika mempunyai lesen selam skuba, Palawan adalah destinasi terbaik di dunia untuk aktiviti tersebut atau sekiranya selam skuba terlalu ekstrem, anda mungkin boleh mengambil pakej menyusuri sungai bawah tanah (subtranean river) yang diiktiraf UNESCO sebagai salah satu benda paling unik di dunia.
Anda juga mungkin boleh menyewa bot Bangka untuk bergerak di pulau-pulau.
Selepas semua aktiviti anda lakukan, pastinya hati berat untuk meninggalkan syurga dunia itu.

0 Response to "Pulau Palawan Pulau rahsia."

Post a Comment