.
CHINA – Nasib malang menimpa seorang wanita, Xu Xiuying, 48, apabila doktor di sebuah hospital telah memperdayakannya dengan mencuri buah pinggangnya, dan kemudian menjual organ tersebut pada sindiket penjualan organ.
Dia ditipu dengan dimaklumkan perlu menjalani pembedahan bagi rawatan kanser kolon, tujuh tahun lalu.
Selepas menyedari buah pinggangnya dicuri, dia mengemukakan tuntutan di mahkamah untuk mendapatkan pampasan.
Bagaimanapun Xiu berdepan masalah kerana dia telah menjalani pembedahan di dua buah hospital sepanjang tempoh tujuh tahun itu, justeru dia tidak mengetahui doktor mana yang mencuri buah pinggangnya.
Meskipun hakim memutuskan buah pinggangnya dicuri dalam satu pembedahan dan perlu dibayar pampasan, namun hakim tidak menyebut hospital mana yang bertanggungjawab serta perlu membayar pampasan berkenaan.
Ini kerana tidak ada bukti yang mencukupi untuk mengaitkan hospital terbabit dengan kejadian berkenaan.
Menurut Xiu, dia hanya menyedari buah pinggangnya hanya tinggal sebelah selepas dia menjalani x-ray akibat sakit di bahagian belakang.
“Saya ingatkan saya dilahirkan dengan hanya sebelah buah pinggang namun selepas jiran saya memaklumkan mengenai skandal pemerdagangan organ manusia, baru saya fikir semula mengenainya,’’katanya.
Buah pinggang yang sihat boleh dijual di pasaran gelap dengan harga mencecah ribuan ringgit.
0 Response to "Doktor Curi buah pinggang untuk dijual..!"
Post a Comment