5 selfie yang berakhir dengan tragedi.

.
5-selfie-yang-berakhir-dengan-tragedi
Selfie kini bagaikan satu ‘penyakit' yang dihidapi oleh majoriti manusia di dunia ini. Setiap manusia mengambil kesempatan yang ada untuk mengambil gambar kenangan tanpa mengira tempat dan waktu.  Tetapi malangnya, ada juga selfie yang berakhir dengan tragedi. 

Bukan satu, bukan dua tetapi banyak tragedi yang berlaku kerana berselfie di tempat yang salah. Kadangkala, selfie menjadi kenangan detik terakhir. Dengan itu, inilah antara 5 selfie yang berakhir dengan tragedi yang memilukan .
Gary Slok
Kenal mereka? Selfie ini paling dekat di hati rakyat Malaysia. Gary Slok dan ibunya merupakan antara penumpang MH17 iaitu kapal terbang malang yang ditembak jatuh sebelum terhempas di kawasan sempadan Ukraine-Rusia. 
Seorang lelaki di Jaen, Sepanyol
Lelaki berusia 21 tahun ini menemui ajal akibat renjatan elektrik semasa mencuba untuk mengambil gambar di atas sebuah kereta api. 


Ahli Muzik Reggae Jadiel
Selfie detik terakhir! Jadiel sempat merakam selfie terakhir ini sebelum dia maut dalam kemalangan ngeri.


Xenia Ignatyeva
Remaja berusia 17 tahun ini berselfie di atas sebuah jambatan lalu jatuh dari tempat itu selepas hilang keseimbangan ketika mengambil gambar.


Jenni Rivera
Selebriti Mexico yang terkenal ini telah merakam detik terakhir bersama krewnya sebelum jet peribadi yang dinaiki terhempas berhampiran Iturbide, Nuevo León, Mexico. 




0 Response to "5 selfie yang berakhir dengan tragedi."

Post a Comment