Tidur mati tak sedar badannya kena tatu cap kemaluan.

.
Holly tidak menyedari yang salah seorang daripada rakannya itu 
mencacah tatu bercorak kemaluan lelaki di bahunya itu.
“Sebaik sahaja terjaga daripada tidur pada keesokan harinya, saya melihat tatu tersebut dan berfikir, apa yang telah saya lakukan?” katanya, memetik Mail Online.
Bimbang diketahui ibu bapanya, Holly terpaksa membatalkan beberapa percutian bersama keluarga dan juga menutup tatu tersebut dengan pelekat kerana tidak mahu dilihat oleh kanak-kanak.
Dia juga tidak mampu untuk membuang tatu tersebut kerana ia melibatkan kos yang tinggi.
Bagaimanapun, kemunculannya untuk program televisyen Bodyshockers: Nips, Tucks and Tattoos baru-baru ini umpama memberi kehidupan baru kepadanya apabila pihak produksi sanggup membiayai kos membuang tatu tersebut.
Pada masa yang sama juga, Holly turut memberanikan diri membuka rahsia tatu kemaluan itu kepada keluarganya.
Mujurlah mereka dapat menerima penjelasannya itu dan dia kini sedang menjalani sesi kelima pembuangan tatu tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Holly menunjukkan tatu kemaluan tersebut kepada ibunya, Patricia.

0 Response to "Tidur mati tak sedar badannya kena tatu cap kemaluan."

Post a Comment