.
Adik saya baru saja masuk darjah 1 kena ejek rakan-rakan semalam.!
yang mempunyai tangan kudung sebelah kanan.
RUNTUN hati kami tatkala mendengar luahan seorang kanak-kanak perempuan yang kudung tangan kanan ini yang baru memasuki darjah satu, semalam.
Klip video berdurasi 3 minit 23 saat ini membuatkan sesiapa sahaja yang menonton bersimpati dan terharu melihat nasib dan kecekalan kanak-kanak comel ini.
Kanak-kanak bernama Aina Amanda ini bercerita kepada ibunya situasi yang dia berdepan di sekolah di mana-mana terdapat rakan-rakannya yang mengganggu dan mengejek kondisi kecacatan dirinya.
Meskipun kanak-kanak comel ini terasa hati dengan ejekan tersebut tetapi dia turut meluahkan kesyukuran dikurniakan kesihatan pancaindera yang lain.
Gelagat dan telatah riangnya juga mencuri tumpuan sesiapa sahaja melihatnya.
Video ini terus menjadi viral dan dikongsi pengguna sosial yang lain di laman Facebook.
“Tuhan bagi dekat saya, awak ni nanti kalau Tuhan bagi awak tak ada tangan baru tahu.
“Nanti awak tak ada tangan, Tuhan bagi awak tak ada hidung, tak ada mata, tak ada mulut, tak ada kaki, tak ada rambut sampai kepala botak,” luahan Ainaa yang paling mencuit perasaan hiba kami mendengarnya.
Bagaimanapun, keluhan kanak-kanak ini dipujuk dengan kata-kata semangat oleh ibunya yang berpesan supaya membalas ejekan tersebut dengan senyuman dan sering berbuat baik kepada orang lain.
Semoga adik Aina tabah menghadapi kehidupan ini dan berjaya pada masa hadapan. -MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Baru masuk darjah 1 kena ejek rakan-rakan."
Post a Comment