Persediaan nikah Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

.

Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal untuk merasai sendiri pengalaman bersanding buat pertama kali yang bakal berlangsung 31 Januari ini.

6aerilwawabersanding
Lebih meriah, persandingan yang bertempat di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK), Kedah ini bakal disempurnakan dengan pelbagai adat termasuk paluan kompang.
4aerilwawabersanding
“Sebenarnya persandingan ini diadakan bagi memenuhi komitmen kami sebagai duta kepada MINWEF sahaja.
“Kami dapat tawaran ini pada bulan lalu dan mereka menawarkan kami untuk bersanding secara adat dengan berarak sekali paluan kompang.
“Cuma bezanya kami tidak bersanding dihadapan saudara mara dan kenalan sebaliknya orang-orang yang tidak kami kenali,” kata Aeril seperti yang dipetik dalam Murai.
Pada masa sama, Aeril dan Wawa akui sedikit gementar dan malu untuk bersanding atas pelamin buat pertama kalinya apatah lagi mereka sudah memiliki seorang anak.
Begitu pun, rasanya ramai peminat hiburan yang tidak sabar ingin menyaksikan persandingan mereka meskipun diadakan demi sebuah festival perkahwinan.
Bagi yang berminat untuk menghadiri festival perkahwinan ini, ianya akan bermula 28 Januari hingga 1 Februari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Dewan MPSK.
MINWEF adalah festival perkahwinan berkonsepkan One-Stop Wedding Centre yang menawarkan pelbagai pakej dan perkhidmatan berkaitan termasuk perkhidmatan fotografi, katering dan kelengkapan perkahwinan. -MYNEWSHUB.CC
1aerilwawabersanding (1)

0 Response to "Persediaan nikah Aeril Zafrel dan Wawa Zainal."

Post a Comment