Bekas Vokalis Rock dicekup semalam bersama wanita 32, dan positif Dadah.

.

SEORANG penyanyi kumpulan rock balada yang terkenal sekitar tahun 90-an telah ditahan tengah malam tadi dan didapati positif dadah jenis Morfin.
Turut ditahan bersamanya, seorang wanita berusia 32 tahun yang turut didapati positif dadah AMP.
Penyanyi itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam Rabu, oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang.
Hasil serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat, penyanyi itu dan seorang wanita dicekup bersama satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin seberat kira-kira 1.2 gram, ditemui di atas tilam dalam bilik penyanyi berkenaan.
Menurut sumber, siasatan awal mendapati penyanyi itu mengaku terlibat dengan aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun.
Suspek juga dikatakan mendapat bekalan dadah daripada seorang lelaki yang telah ditahan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Siasatan ketika ini masih diteruskan. - Bernama.

0 Response to "Bekas Vokalis Rock dicekup semalam bersama wanita 32, dan positif Dadah."

Post a Comment