Peguam Edry Akan Hantar ‘Surat Cinta’ Kepada Aweera.

.
Masing-masing bertindak menyalahkan dan mengkritik satu sama lain menerusi media meskipun vokalis baru kumpulan MOJO telah pun diperkenalkan.
Tanpa kehadiran Aweera ekoran kontroversi yang melandanya dengan Edry, persembahan MOJO bersama band buskers OKU, Caliph Busker menerusi lagu Roman Cinta di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) minggu lepas berjaya mendapat perhatian luarbiasa penonton.
Ekoran itu, Aweera begitu berani mengeluarkan statement, mendakwa Edry bijak ‘berdrama’ bagi meraih simpati masyarakat Malaysia hingga kumpulan didiknya itu dipilih memenangi Persembahan Terbaik pada malam tersebut.
Busking-Bersama-Caliph-Buskers
Susulan itu, Edry memandang serius perkara berkenaan dan mengumumkan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Aweera.
“Apa yang saya boleh cakapkan di sini, pihak kami akan mengeluarkan surat peguam dalam masa terdekat. Jangan kerana mulut, badan pula binasa,” katanya kepada Harian Metro.
Edry berkata, keputusan tersebut diambil kerana bengang dengan sikap Aweera yang keterlaluan hingga asyik mengkritik dan merendah-rendahkan dirinya dan kumpulan MOJO menerusi media.
“Saya tidak faham kenapa dia perlu bertindak begitu, kenapa sikapnya seolah-olah hendak lihat Mojo gagal (dalam bidang nyanyian). Menerusi kenyataan-kenyataannya, dia tidak habis-habis hendak merendahkan kami,” tambah Edry.
Apa yang boleh kami katakan, moga konflik antara mereka ini berakhir dengan cara baik sebab industri seni kita ni bukannya besar sangat.
Bak kata Melodi, ‘Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi!’
aweera

0 Response to "Peguam Edry Akan Hantar ‘Surat Cinta’ Kepada Aweera."

Post a Comment