Operasi membawa 3 lagi mayat di perairan laut hari ini.

.
04  januari 2015





Tiga lagi mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 dilaporkan berjaya dikenalpasti hari ini menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang berjaya dikenalpasti kepada sembilan.
Mangsa terbaru dikenalpasi ialah pramugari Wismoyo Ari Prambudi, 24, yang berasal dari Indonesia, Jie Stevie Gunawan, 10, dan Juanita Liamantara, 30.
Ketika ini para ahli keluarga penumpang sedang berkumpul di Unit Forensik Hospital Bhayangkara di Surabaya bagi menunggu berita berkaitan ahli keluarga mereka yang menaiki pesawat berkenaan.

MENARIK – Tiga Mayat Nahas QZ8501 Ditemui Terapung Hari Ini

Pesawat AirAsia itu ketika kejadian membawa 162 penumpang dan anak kapal, 155 daripadanya warga Indonesia, tiga dari Korea Selatan, satu Singapura, satu Malaysia, satu British dan seorang dari Perancis iaitu pembantu juruterbang Remi Plesel.
Sehingga kini, sebanyak 31 mayat dibawa keluar dari laut dan sembilan daripadanya sudah dikenalpasti.
Pesawat AirAsia itu yang dikendalikan oleh Kapten Iriyanto terhempas di Laut Jawa ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, dipercayai kerana mengalami cuaca buruk.
Misi pencarian kini menumpukan usaha membawa keluar semua mayat penumpang dan kru serta mengesan lokasi bangkai pesawat dan kotak hitam bagi menyiasat punca sebenar kejadian menyayat hati itu. – MYNEWSHUB.CC

Video Pengebumian Jenazah Pertama Naha



0 Response to "Operasi membawa 3 lagi mayat di perairan laut hari ini."

Post a Comment