.
4 jan 2015
Saat-saat bahagia keluarga Gutzler sebelum tiga daripada mereka terbunuh dalam nahas pesawat, Jumaat lalu.
Tak dapat dibayangkan betapa kuatnya semangat Sailor Gutzler yang baru berumur 7 tahun,
yang sanggup berjalan sejauh 3 1/2 batu merentasi kawasan hutan untuk mendapatkan bantuan segera selepas pesawat yang dipandu oleh bapanya terhempas..! pada jumaat lalu,
Dalam nahas yang berlaku di Kentucky, Amerika Syarikat itu, bapanya, Marty Gutzler, 49, ibu, Kimberly Gutzler, 45, kakak, Piper Gutzler, 9, dan sepupu, Sierra Walder, 14 maut serta-merta di tempat kejadian.
Dalam keadaan berlumuran darah dan beberapa tulangnya retak, Sailor berjaya keluar dari bangkai pesawat itu dan terus berjalan sebelum menemui rumah seorang warga emas, Larry Wilkins, 71, pada jam 6.30 petang.
Larry ketika itu sedang menonton televisyen terkejut melihat keadaan kanak-kanak itu dan segera menghubungi talian kecemasan 911.
“Saya sangat kasihan melihatnya sehingga mengalirkan air mata. Dia gadis kecil yang sangat berani,” ujarnya.
Sementara itu, pegawai polis, Sarjan Dean Patterson memberitahu pesawat itu dalam penerbangan ke Illinois dari Florida sebelum terhempas di kawasan hutan berdekatan tasik.
Pesawat itu ditemui dua jam selepas laporan polis dibuat dan dipercayai terhempas kerana masalah enjin.
Sailor yang sudah dibenarkan keluar hospital kini dijaga oleh datuk dan neneknya. –mynewshub.
0 Response to "Sailor Gutzler 7, redah hutan sendirian setelah pesawat terhempas."
Post a Comment