.
04 januari 2015
PALEMBANG: Upacara pengebumian pramugari AirAsia yang terkorban dalam nahas pesawat QZ8501, Khairunisa Haidar Fauzi selamat dilaksanakan pada Jumaat, sebelah malam.
Kharunisa dikebumikan di tanah perkuburan keluarga kawasan Jalan Bukit Lama Palembang.
Upacara yang mengambil masa sekitar dua jam itu berlangsung dengan lancar dalam keadaan terang benderang menggunakan lampu dinyalakan dengan genset.
Bapa allahyarham Khairunisa, Fauzi menunjukkan gambar kenangan anaknya di telefon bimbit.
Turut hadir adalah CEO AirAsia Tony Fernandes serta beberapa juruterbang dan pramugari yang merupakan rakan-rakan allahyarham.
Tony yang sebelumnya sudah berjanji akan menghantar jenazah Kharunisa berkata, pramugari itu merupakan sebahagian keluarga besar AirAsia dan menjadi kewajipannya untuk mengiringi allahyarham ke tempat ‘istirahat’ terakhirnya.
Apatah lagi, nahas yang berlaku membabitkan syarikat kelolaannya.
“Semoga dengan kehadiran saya bersama rakan-rakan sekerjanya di sini dan iringan ribuan doa pengantar lainnya, dia dapat tenang di peristirahatan terakhir ini,” ujar Tony yang dilihat sentiasa mendampingi ibu bapa Khairunisa iaitu Haidar Fauzi dan Rohana.
0 Response to "Khairunisa Haidar Fauzi selamat dilaksanakan pada Jumaat."
Post a Comment