Gambar-gambar NaJib (PM) naik LRT hari ini.

.
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang bagi meninjau keadaan pengangkutan awam di ibu negara, pada Jumaat.
Difahamkan, beliau membuat tinjauan itu di sekitar stesen PWTC, Majid Jamek dan KL Sentral.


Susulan itu, beberapa gambar beliau menaiki pengangkutan awam telah dikongsikan pengguna laman sosial.
TweetPM

NajibLRT_2

NajibLRT_1

NajibLRT_3

Antara gambar yang ada, menunjukkan Najib berdiri bersama-sama penumpang lain di dalam tren Laluan Kelana Jaya kerana tren berkenaan penuh dengan penumpang.
“Saya naik LRT hari ini untuk tinjau sistem pengangkutan awam ibu kota dan lihat begitu ramai pilih pengangkutan awam.. Bagus!” kata Najib melalui akaun twitternya hari ini.

0 Response to "Gambar-gambar NaJib (PM) naik LRT hari ini."

Post a Comment