.
, Cindy Clarissa Soetjipto, 15, akan disemadikan bersama anak patung, baju dan pakaian kesayangannya pada Selasa minggu depan.
MALANG, (MLP) - Mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Cindy Clarissa Soetjipto, 15, akan disemadikan bersama anak patung, baju dan pakaian kesayangannya pada Selasa minggu depan.
Menurut Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI), perkara ini didedahkan oleh bapa saudara gadis itu, Hendro Soetjipto sebaik sahaja pasukan mereka mengesahkan Cindy adalah mayat terbaru dikenalpasti.
Harian Metro melaporkan, Cindy yang berasal dari Jawa Timur dikenalpasti dengan kaedah primer iaitu pengecaman melalui gigi serta baju dan seluar yang dipakai oleh mangsa.
Menurut Hendro, keluarganya diminta membawa sejumlah barangan kesukaan milik empat anggota keluarga Soetjipto untuk memudahkan proses mengenal pasti identiti ke pusat operasi.
“Kami akan membawa anak patung dan beberapa pasang baju milik Cindy, anak bongsu kepada abang saya iaitu Rudy Soetjipto dan Lindawati Anggara,” katanya.
Difahamkan, mereka sudah menerima jenazah Cindy bersama baju dan jam tangannya yang masih melekat pada jasad.
Kredit Gambar: Harian Metro
0 Response to "Mangsa QZ8501 bersemadi bersama patung kesayangan."
Post a Comment