Kelakar habis,! insiden yang tak dijangka ketika berita 'Live' di TV.

.

Seperti yang semua sedia maklum, setiap kali laporan berita disiarkan secara langsung, pihak produksi akan memastikan ia dibuat secara teliti agar berjalan lancar dan tidsak menampakkan sebarang cacat cela. 

Namun lumrah kehidupan, kadang-kadang apa yang dirancang tidak berjaya dilaksanakan
seperti yang dikehendaki, Buat pihak produksi, situasi seperti ini memang akan memeningkan kepala. Tapi buat penonton, ia merupakan satu bahan lawak dan membuatkan tertawa. 

Mari kita lihat situasi-situasi canggung yang berlaku ketika siaran secara langsung dipaparkan di kaca tv,

anigif_enhanced-buzz-27163-1420833923-6
Insiden tak dijangka seperti imej-imej di atas juga pernah menimpa stesen TV di Malaysia apabila salah seorang krew produksi secara tidak sengaja memasuki set pembaca berita dan menyerahkan salinan berita kepada ‘anchor’ ketika siaran sedang keudara.


anigif_enhanced-buzz-22758-1420661064-20
Ya, insiden ini juga agak kelakar kerana wanita di belakang bertindak menunduk secara laju-laju setelah tersedar dirinya turut dirakam. Panik agaknya!


anigif_enhanced-buzz-22717-1420661782-10
Sebenarnya, masalah paling utama yang selalu menimpa jurukamera dan wartawan penyiaran adalah untuk mengawal tingkah laku orang awam. Tak percaya, tengoklah insiden di atas!

anigif_enhanced-buzz-14337-1420661827-4
Kalau insiden di atas menjadi kelakar disebabkan krew bertindak berlari secara tergesa-gesa, tetapi dalam kejadian ini, individu di belakang mengambil keputusan untuk bergerak secara perlahan-lahan sambil menolak kerusi rodanya.

anigif_enhanced-buzz-9736-1420666902-9
Mesti malu habis wanita yang melintas di belakang wartawan yang sedang membuat lintas langsung itu. Apa taknya, dia tergolek ketika satu negara sedang menonton laporan berita.


anigif_enhanced-buzz-31176-1420661811-20
Rasanya, kalau krew tersebut tidak bertindak dengan keluar dari set secara tergesa-gesa (berlari secara ‘reverse’) dan memilih untuk buat biasa-biasa sahaja, insiden ini tidak akan menjadi kelakar, kan?




0 Response to "Kelakar habis,! insiden yang tak dijangka ketika berita 'Live' di TV."

Post a Comment