Pelajar universiti Nanjing beratur panjang masuk perpustakaan.

.
Mereka sanggup beratur dalam cuaca sejuk dalam barisan yang panjang semata-mata menunggu giliran untuk masuk ke dalam perpustakaan dan mentelaah pelajaran untuk peperiksaan itu.
Library_3

Pada ketika golongan muda di Malaysia menghadiri konsert artis Korea K-Pop, golongan muda di beberapa bahagian lain di dunia sibuk belajar dengan bersungguh-sungguh di universiti untuk mencari ilmu.
Di Nanjing University Of Finance and Ekonomics di wilayah Jiangsu, ribuan para pelajarnya terpaksa beratur di luar perpustakaan universiti itu.
Keadaan itu boleh dilihat di pusat pengajian berkenaan saat para pelajar sedang melakukan persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir yang akan menjelang tidak lama lagi.
Lima barisan panjang terbentuk apabila pelajar sebuah universiti di Nanjing, China berbaris menunggu giliran untuk menggunakan perpustakaan. - Foto English Sina.

0 Response to "Pelajar universiti Nanjing beratur panjang masuk perpustakaan."

Post a Comment