Pesakit Nyanyuk Bakar Hospital Dijel 20 Tahun.

.
09 december 2014



SEOUL- Seorang warga tua berusia 82 tahun yang menghidap penyakit demensia atau pelupa dihukum penjara 20 tahun oleh mahkamah Korea Selatan kerana telah membakar sebuah hospital dan mengorbankan 22 pesakit.


Jurucakap mahkamah daerah Gwangju, Hahn Ji-hyeong memberitahu media, suspek yang hanya dirujuk sebagai Kim didapati tidak terjejas pemikirannya walaupun ada penyakit nyanyuk ketika bertindak menyalakan api di dalam stor hingga menyebabkan kebakaran.
Polis memberkas Kim pada hari sama selepas kejadian apabila meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memasuki bilik simpanan barang di hospital khas Hyosarang di Janseong, 300 kilometer dari sini menempatkan 70 pesakit uzur itu.
Hasil CCTV jelas menunjukkan Kim yang juga seorang pesakit di situ memang sengaja membakar stor di tingkat dua hospital tersebut sekali gus mengakibatkan kebakaran namun tindakan pantas bomba datang awal berjaya memadam api dalam masa 30 minit.
Kim didakwa atas tuduhan membunuh dengan niat apabila 22 pesakit disahkan meninggal dunia ekoran sesak nafas setelah terhidu asap tebal akibat tindakan lelaki itu dan mereka juga gagal menyelamatkan diri kerana terlantar di katil semasa kebakaran. – Agensi.

0 Response to "Pesakit Nyanyuk Bakar Hospital Dijel 20 Tahun."

Post a Comment