Lagi..! Pelajar Maut.

.
23 dec 2014


SERIAN: Seorang pelajar tingkatan satu maut apabila dilanggar sebuah kereta selepas terjatuh ke laluan bertentangan apabila motosikalnya terbabas, di Jalan Baki-Riih di sini, kelmarin.
Menurut Ketua Polis Daerah Serian DSP Chung Aik Peng, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan jam 4.05 petang itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal seorang diri datang dari arah Jalan Baki-Riih hilang kawalan ke atas motosikalnya.
Katanya mangsa yang dikenal pasti sebagai Mohd Syafiq Fatullah Hamidy, 13, kemudian terjatuh dari motosikal lalu masuk ke arah bertentangan sebelum dilanggar kereta jenis Proton Iswara yang datang dari arah Serian.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Serian untuk bedah siasat,”

0 Response to "Lagi..! Pelajar Maut."

Post a Comment