PT3 @PMR terima keputusan mereka hari ini.

.
23 dec 2014

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada kira-kira 460,000 pelajar seluruh negara yang menerima keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada Isnin.  

"Keputusan PT3 baru diumumkan hari ini. Tahniah kepada semua dan teruskanusaha anda untuk mencapai kejayaan," katanya dalam status terbaharu laman Facebook beliau hari ini.  

Seramai 453,413 calon di seluruh negara yang telah menduduki ujian PT3 di 2,608 pusat peperiksaan pada Oktober lepas, menerima keputusan mereka hari ini. 

Tahun ini merupakan kali pertama PT3 dilaksanakan bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diperkenalkan sejak 1993..


0 Response to "PT3 @PMR terima keputusan mereka hari ini. "

Post a Comment