.
23 dec 2014
BACHOK: Ratusan rumah yang terletak berhampiran pantai di Bachok, Pasir Puteh dan Kota Bharu dibanjiri air laut berikutan fenomena air pasang dan ombak besar.
Malah ada rumah yang musnah dan roboh di Tok Bali, Telong, Melawi serta Bachok akibat dilanda ombak besar.
Malah ada rumah yang musnah dan roboh di Tok Bali, Telong, Melawi serta Bachok akibat dilanda ombak besar.
Menurut seorang penduduk di Kampung Kemayan, Bachok, Nabila Muhamad, 19 tahun, fenomena ini tidak pernah dilaluinya sepanjang tinggal di kampung berhampiran pantai ini.
"Lepas maghrib, muncul ombak besar bersama angin ribut, tak sempat nak selamatkan apa-apa, habis kesemuanya.
"Lepas maghrib, muncul ombak besar bersama angin ribut, tak sempat nak selamatkan apa-apa, habis kesemuanya.
"Penduduk ramai di kampung ini, dalam 700 ke 800 orang, tapi yang kena 12 keluarga Kampung Kemayan Pantai yang mana kedudukannya tidak sampai 100 meter dengan dengan pantai," kata Azmi.
Katanya lagi, fenomena ini dianggap luar biasa, bahkan penduduk di sini memanggilnya sebagai tsunami kecil.
kebanyakan penduduk terlibat tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana air laut yang memasuki rumah mereka terlalu cepat, dan dalam masa 15 minit sahaja, rumah mereka digenangi air sedalam lebih satu kaki.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Hussain menyifatkan fenomena ini sebagai bencana yang belum pernah berlaku di sini.
"Ini satu fenomena baharu, air laut naik ke darat dan banyak menenggelamkan rumah di tepi pantai kawasan Bachok bermula di Kandis meliputi pantai di sebelah pantai timur," kata Dr Ilias.
0 Response to "Pantai di Bachok, Pasir Puteh dan Kota Bharu dibanjiri air laut,"
Post a Comment