Hanya kenal Dari Facebook,Haziq & Maisarah Bertunang 23 November Ini,

.
24 nov 2014 
kenal dari facebook haziq  maisarah bertunang 23 november ini

KL: Hubungan cinta selama tiga tahun diantara Haziq atau nama sebenarnya Hazwan Haziq Rosebi,26 bersama Maisarah Mohd Sidki bukan lagi rahsia buat peminat malah umum yang mengikuti perkembangan penyanyi ini.
Haziq telah membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan gadis yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook tersebut. Setelah merisik gadis tersebut beberapa minggu lalu, pertunangan mereka akan berlangsung pada 23 November ini “Acara merisik baru sahaja dibuat beberapa minggu lalu dan semua perancangan berjalan dengan lancar jadi saya buat keputusan untuk bertunang dengan Maisarah pada 23 November ini.
“InsyaAllah jika tidak ada aral melintang kami bercadang untuk menamatkan zaman bujang tahun depan.
“Ini cerita lima tahun dulu ketika saya terlihat profil Maisarah di dalam Facebook, saya pun mohon untuk jadi salah seorang kawan dalam senarai kawannya yang sedia ada.
“Tetapi selepas itu saya pun dah terlupa pasal perkara itu sehinggalah saya perasan bahawa kawan baik saya juga antara kenalannya di dalam Facebook.
kenal dari facebook haziq  maisarah bertunang 23 november ini

0 Response to "Hanya kenal Dari Facebook,Haziq & Maisarah Bertunang 23 November Ini,"

Post a Comment