penyanyi Noryn Aziz Sanggup Bawa Bariq Umar Shah(anak) Ke Mana-mana.

.
24 nov 2014 
“Jadi saya rasa, tiada alasan untuk saya tidak membawa anak saya bersama-sama walaupun sesibuk mana dengan urusan kerja,” katanya yang mula sibuk dengan undangan menyanyi sebaik saja selesai berpantang.
Jelas peyanyi yang sudah berhijab itu, dia banyak belajar daripada rakan-rakan terdekat berkenaan cara penjagaan bayi.
noryn aziz sanggup bawa bariq umar shah ke mana-mana
Noryn Aziz membawa putera sulungnya, Bariq Umar Shah ke mana-mana saja.
“Lihat sahaja seperti Betty Banafe, dia akan bawa bayinya ke mana-mana saja. Begitu juga dengan Nurul Depp yang tak pernah berenggang dengan  anak lelakinya Zachary walaupun ketika menghadiri pertunjukan pentas.
“Alhamdulillah, suami saya langsung tidak menghalang untuk saya terus menyanyi dan dia merupakan penyokong saya paling kuat untuk saya kembali menyanyi.
“Memang ramai yang ingat saya tidak menyanyi lagi, tetapi saya masih lagi aktif, cuma selepas berumah tangga dan bergelar sebagai seorang ibu saya perlu bersikap memilih lebih-lebih lagi dengan imej saya sekarang ini.
Kerjayanya sebagai penyanyi bukanlah penghalang buat Noryn Aziz membawa putera sulungnya, 
Bariq Umar Shah ke mana-mana saja.

0 Response to "penyanyi Noryn Aziz Sanggup Bawa Bariq Umar Shah(anak) Ke Mana-mana."

Post a Comment