Gambar Pelawat/pengunjung disiksa oleh penghuni zoo hantu..!

.
26 nov 2014
10606507_683435558408922_4451187407397351627_n
 ini merupakan rumah hantuatau Zoo McKamey Manor yang terletak di San Diego, California,  hantu-hantu yang berada di rumah hantu ini bukan sahaja akan menakut-nakutkan anda tetapi seolah-olah cuba membunuh nyawa anda dengan gaya yang amat tragis.
Ini terbukti apabila sejak 14 tahun dibina, tiada seorang pengunjung pun berjaya sampai ke garisan penamat.
Walaupun begitu menakutkan, tetapi lebih 24,000 orang sudah dalam senarai menunggu untuk merasai pengalaman berkunjung ke rumah hantu mengerunkan tersebut..!
images
Pengunjung diharap bersedia sebarang kemungkinan diikat, disumbat dalam sangkar ular, disimbah darah palsu dan bermacam lagi yang anda sendiri tidak akan sangka..!
download
Lebih kejam, pengunjung bakal merasai sendiri pengalaman dipaksa memakan telur busuk dan mulut disumbat dengan kertas.
images (1)
Untuk memasuki rumah hantu ini hanyalah dua pengunjung sahaja dibenarkan dalam satu masa dan segala latar belakang mereka diperiksa sebelum dibenarkan masuk.
Ya Allah..!
images (2)
images (3)

Pengasasnya Russ McKamey, 55, dan teman wanitanya Carol Schultz juga akan memastikan pengunjung merasai pengalaman berbeza setiap kali ke McKamey Manor ini.
McKamey berkata dia menghasilkan projek itu kerana begitu meminati kisah seram seperti Psycho, Texas Chainsaw Massacre dan The House on Haunted Hill dan sanggup menghabiskan lebih AS$500,000 (RM1.6 juta) untuk menjadikan McKamey Manor pengalaman paling menakutkan di dunia.
“Pengalaman yang kami tawarkan adalah interaktif malah saya turut berbincang dengan peminat selain membuat kajian mendalam. Percayalah, apa yang dialami di sini amat unik dan tidak ubah seperti merasai filem seram anda sendiri,” katanya.

0 Response to "Gambar Pelawat/pengunjung disiksa oleh penghuni zoo hantu..!"

Post a Comment