Seekor Badak bersiar-siar di bandar, kecoh penduduk bandar.

.
26 nov 2014

Terbaru lagi di JERMAN, Penduduk bandar di sini kecoh dengan kejadian tergempar Seekor Badak
 yang seberat 2.5 tan merayau-rayau bebas di bandar sekitar Jerman tanpa sekatan oleh sesiapa.

Memandangkan penduduk bimbang, polis dihubungi bagi mengatasi binatang yang berlegar-legar yang mana Badak ini digelar 'HULK'  dimiliki oleh Sarkas Voyage.

“Pemilik sarkas itu diberi amaran tegas oleh polis bahawa mereka tidak dibenarkan membawa badak berkenaan berjalan-jalan di sekitar bandar.“Namun pemilik Circus Voyage itu memberitahu dia tidak memahami kenapa penduduk kecoh dengan badak 
tersebut yang hanya mahu mendapatkan udara bersih,” kata jurucakap polis.

Pemilik sarkas juga menolak untuk merantai badak berusia 34 tahun itu.Badak yang sama pernah menggemparkan penduduk di Goslar, tiga tahun lalu selepas ia terlepas dari sarkas berkenaan ketika mengadakan persembahan di bandar berkenaan.-Bernama.

0 Response to "Seekor Badak bersiar-siar di bandar, kecoh penduduk bandar."

Post a Comment