Ezad Lazim Mengaku Tak Bersalah Miliki Syabu.

.
23 nov 2014
BEKAS Vokalis Exist, Ezad, akhirnya dia mengaku tidak mahu mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis Syabu, Ezad bercakap di Mahkamah Majistret Selayang semalam.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim didakwa memiliki satu paket plastik lutsinar berisi syabu dengan anggaran berat 0.3 gram.
Ezad ditangkap memiliki syabu ketika berada di Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama pada jam 1.30 tengah hari, Rabu lalu hasil laporan daripada orang awam.
Bagi pertuduhan itu, Ezad didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dengan itu, mahkamah menetapkan 23 Disember ini bagi sebutan lagi kes dan Ezad dibenarkan diikat jamin sebanyak RM2,200 dengan seorang penjamin.
ezad
(Ezad)

0 Response to "Ezad Lazim Mengaku Tak Bersalah Miliki Syabu."

Post a Comment