Satu mayat ditemui dekat serpihan

.

Kota Bharu: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan pertemuan mayat wanita berdekatan lokasi serpihan helikopter namun identiti mangsa belum dapat disahkan.

Beliau dimaklumkan pertemuan mayat itu oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) namun tidak dapat mengesahkan sama ada berkemungkinan mangsa penumpang helikopter yang hilang atau mangsa kemalangan lain.

"Serpihan yang dijumpai juga tidak dapat disahkan (milik helikopter yang hilang) kerana belum menemui komponen utama pesawat,

“Kita akan berusaha mencari dan menyelamat serta berharap keselamatan semua” katanya selepas Majlis Penyampaian Watikah Penghulu di Wisma MCA Negeri di sini, hari ini.

Beliau yang kemudian bergegas ke Kuching berkata, pihaknya menubuhkan dua pusat operasi iaitu di Kuching dan Ibu Pejabat Kementerian Pengangkutan di Putrajaya bagi menghubungi semua keluarga mangsa.

Liow berkata, pesawat berkenaan tiada masalah dari segi penerbangan dan cuaca ketika ia terputus hubungan adalah baik.

Menurut Pengarah Bomba Sarawak Nor Hisham Muhammad, mayat itu ditemui tidak jauh dari lokasi serpihan dijumpai di Sungai Batang Lupar, jam 12 tengah hari tadi dan tiba di jeti feri Triso di Sebuyau pada 1.04 petang tadi - Hmetro

0 Response to "Satu mayat ditemui dekat serpihan"

Post a Comment