.
SEMALAM, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) membuat laporan polis terhadap Sharifah Farlearton dan suaminya yang didakwa murtad dan menghina Islam. Pasangan berserta lima anak itu kini di Melbourne, Australia sejak hampir setahun lalu.
Ikuti temu bual wartawan BH, Mohd Hamizar Hamid bersama Sharifah yang membahasakan dirinya sebagai Lea menerusi aplikasi Messenger.
BH: Lea di mana sebenarnya?
Lea: Australia. Tak ada sesiapa yang tahu melainkan kawan-kawan saya dan encik wartawan. Lepas ni semua orang akan tahu. Tak apa saya bersedia. Melbourne. Masa Lea dan suami berbincang, tempat tuju hala kami sama ada UK (United Kingdom), Canada, New Zealand atau pun America (Amerika Syarikat). Tapi Lea berdoa pada saat akhir, yg Lea nampak adalah Australia
BH: Lea dan husband (suami) ada dapat ancaman ke sampai terpaksa migrate (hijrah) ke luar negara?
Lea: Ya
BH: Ancaman daripada keluarga?
Lea: Dari keluarga, kawan-kawan dan juga masyarakat yg saya tak kenal
BH: Dah lama ke di Melbourne?
Lea: Ya sedih, walaupun saya tukar agama, itu keluarga saya. Tak sampai setahun lagi
BH: Dari awal, apa yang buat Lea terfikir untuk keluar daripada Islam?
Lea: Nama saya Sharifah Farlearton. Lahir dalam keluarga sederhana. Impian saya dulu nak jadi ustazah. Tapi silap orang tua saya, dia orang halang impian saya hanya kerana manusia bernama melayu yg penuh hasad dengki. Saya lalui zaman kanak-kanak sangat struggle (kepayahan). Mak ayah kerja, adik bawah saya dua orang. Seorang transgender (maknyah) seorang lagi syukur lelaki. Saya pergi sekolah dan kelas mengaji macam budak biasa, tapi masa umur saya 15 tahun, saya beberapa kali diraba tok guru lelaki tempat saya mengaji al-Quran. Sehingga kini, hanya suami dan kawan rapat saya saja tahu. Saya antara yg diminta tok guru bantu dia mengajar adik-adik lain membaca al-quran
BH: Ooh, saya faham. Biasanya tragedi hitam macam tu yang buat kita ingat dan benci kat seseorang @ keadaan.
Lea: Ditambah pulak dengan Muslims yang sekarang tak mengamalkan cara hidup Islam pun. Saya faham tu impian saya sangat besar dulu. Saya nak jadi Ustazah dalam keluarga saya sebelah mak dan bapa tak ada yg jadi ustazah. Semua memilih kerja profesional doktor, guru, peguam dan lain-lain.
BH: Lea sendiri pernah tegur parents (ibubapa)? Maksud saya tegur sebagai seorang anak.
Lea: Pernah...tapi kita keluarga Melayu, tak mudah mak bapa terima tegur anak. Tu juga salah satu sebab saya dihalang masuk sekolah agama. Maaf, kalau ada tersilap taip. Tapi yang betul-betul buat saya mula berubah hati selepas saya diraba tok guru. Saya mula sibuk dgn aktiviti sekolah. Habis sekolah saya kahwin. Sepanjang perkahwinan, saya bersyukur dapat suami yg sentiasa bersama saya. Susah senang kami sama-sama.
BH: Sehingga saat ini, ada tak Lea terdetik walaupun sedikit untuk kembali kepada Islam?
Lea: Tak da dan tak akan
BH: Apakah Lea terus berdendam dan membenci seluruh umat Islam?
Lea: Saya gembira dgn hidup saya yang lebih teratur dan damai. Saya tak benci semua umat Islam. Ada yg baik yg benar-benar ikut ajaran Islam. Saya benci Muslim yg munafik, yang hanya Islam pada nama
BH: Kenapa Lea berterusan menghentam umat Islam dalam Facebook?
Lea: Sebab setiap hari ada Muslim yang maki hamun Lea dgn pelbagai panggilan dan hinaan. Kat peti inbox, Bukan satu dua mesej...banyak. Walaupun Lea hentam nampak kasar, tapi Lea sebenarnya nak Muslim nampak apa yg dia orang patut buat patut ubah. Lea tak minta dia orang ubah @ agama macam Lea... cukuplah kalau dia orang berubah jadi Muslim yg baik, kami nak diterima
BH: Lea berhubung dengan famili di Malaysia lagi?
Lea: Ada. Tapi tak mesra. Dia orang masih tak boleh terima. Kalau nak diterima, saya suami dan anak-anak kena balik ke Islam. Itu tak adil untuk kami. Tapi saya takkan balik ke Islam. Saya dah buat declaration (pengisytiharan) keluar agama Islam.
BH: Semua sekeluarga? Dengan lima anak sekali?
Lea: Saya dan suami sahaja buat declaration dan cop dan tandatangan pesuruhjaya sumpah. Anak anak tak dapat sebab bawah umur
BH: Lea asal kampung mana?
Lea: Penang
BH: Lea tau tak kat Penang ada report polis?
Lea: Tak tau..report apa?
BH: Ni reportnya. "Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyerahkan segala kenyataan yang dimuatnaik pasangan suami isteri yang menghina Islam di laman sosial Facebook mereka sebagai bukti bagi meminta polis segera mengambil tindakan".
BH: Baru sekejap tadi di Penang
Lea: Hahahhahahhahahhahahahah tak apa... Lea tak risau sebab Lea percaya Lea cakap hal sebenar. Tapi sayangnya orang Islam tak nak buka mata. Malah tuding jari. Lea rasa Lea tahu sapa yg buat aduan pada Mapim. Sebab Lea ada terima ugutan nak buat report
BH: Kenapa Lea berterusan menulis @ menghina Muslims dalam Facebook? Mungkin tu yang buat dia orang tak puas hati
Lea: Sebab kalau dia orang hina Lea takpa. Lea terima, tapi kalau sampai ganggu orang tua dan family Lea yang lain bagaimana? Sampaikan dia orang bergaduh sesama sendiri. Patutkah ?
BH: Apakah Lea akan terus menulis @ share gambar memburuk-burukkan Muslims dalam Facebook? Atau Lea akan mengambil pendekatan berdiam diri selepas ini?
Lea: Lea hanya tulis untuk Muslim yg munafik. Lea beberapa kali up status, Lea tulis untuk Muslim yg hanya Islam pada nama
BH: Sejak bila Lea dan suami keluar daripada Islam? Lama dah ke?
Lea: Bulan depan setahun
BH: Lea bekerja ke kat Melbourne?
Lea: Cukup Lea bagi tau Lea buat kerja sendiri di sini. 8 -10 hari kerja lebih kurang AUD 2500. Ni minimum.
BH: Lea pindah sana dah lama?
Lea: Tak sampai setahun. Saya cuma minta satu saja... terima kami. Kami ni bukannya rajin pun nak sesatkan umat Islam. Hal beragama bukan boleh dipaksa. Takkan kekal kalau dipaksa. Kami ramai tapi sayangnya kerana undang- undang agama, kebanyakan hidup 'double life' bertudung tapi Kristian. Bersolat Jumaat tapi Kristian.
BH: Kenapa Lea seolah-olah menghina Islam? Sedangkan orang bukan Islam pun tak pernah hina Islam.
Lea: Tipu lah... kalau awak masuk group panas yg hentam org keluar Islam, mesti awak akan nampak bagaimana org Islam hentam kami. Jadi tak payah cerita yg bukan Islam hentam Islam. Dia orang tak berani hentam Islam sebab Malaysia sekat kebebasan bersuara.
BH: Itu segelintir umat Islam yang berperangai macam tu, kenapa penghinaan sama dilontarkan kepada semua umat Islam secara keseluruhan?
Lea: Patut ke Izaq budak umur 16 tahun (pembaca Facebook), panggil org dgn panggil macam tu? Bukan hina ke? Lea dah tulis kat FB... Lea kata nak follow dari tepi bukan belakang. Lea siap minta maaf pada Melayu Muslim. Lea hentam segelintir saja. Kalau rasa diri baik, tak payah terasa.
BH:Bukan apa, jika penghinaan ditujukan kepada semua termasuk penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW dan Kaabah, sudah tentu umat Islam lain tidak akan berdiam diri
Lea: Kenapa umat Islam nak terasa sedangkan ramai yg PM Lea (hantar mesej peribadi). Maki hina agama dan Tuhan Lea lagi teruk.
BH: Jika penghinaan ditujukan secara personal, mengapa tidak dibalas secara personal juga?
Lea: Lea masuk Kristian 5 bulan pertama... tak ada Lea post sesuatu berkenaan Islam. Tapi bila Muslim dapat tahu, dia orang viralkan muka Lea dan husband. Adil ke? Jadi tonton awam.
BH: Maksudnya itu yang jadi punca?
Lea: Lea ramai kawan Muslim, Melayu.. belajar agama. Dia orang tak hukum Lea senang-senang. Dia orang tau macam mana muka Lea di edit macam mana Lea kena hina.. kena viral... kerja sapa? Orang muslim...
BH: Dan Lea balas dengan menghina agama Islam?
Lea: Tak juga. Macam Lea kata sebelum ni, Lea nak Muslim sendiri tengok sisi buruk perangai manusia beragama ni. Harapan Lea dia orang buka mata. Tapi Muslim susah terima. Cakap baik pun salah, apatah lagi kasar. Lea stop setakat ni dulu. Esok member Lea akan cari paper.. kita tengok apa yg nak keluar. Adakah apa yg Lea cakap ditulis hal yg sama atau sebaliknya.
BH: Kenapa Kristian menjadi pilihan Lea, dan bukan agama lain?
Lea: Awak boleh follow Lea Addilynn. Semua tentang penghijrahan saya cerita di situ. Kena rajin cari.
'Ambil iktibar kisah murtad'
IBU bapa perlu mengambil iktibar daripada kes murtad Sharifah Farlearton atau Lea dengan memastikan akidah anak mereka kekal teguh. Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, berkata ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mencorakkan hala tuju pegangan agama anak sejak kecil lagi kerana ibu bapa adalah guru pertama mereka.
Katanya, jika ibu bapa sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya seperti meninggalkan solat, bagaimana anak dapat mencontohi dan memahami ajaran Islam dengan baik.
"Umat Islam seharusnya melihat Islam daripada kaca mata Islam yang sebenar dengan merujuk kepada al-Quran dan hadis, bukannya manusia.
"Manusia kadang-kadang tidak boleh menggambarkan apa pegangan sebenar mereka dan boleh berubah pada bila masa-masa," katanya ketika dihubungi, semalam.
Mohd Tamyes yakin jika umat Islam dapat mengamalkan ajaran yang diperintah dalam al-Quran dan sunah, mereka akan berasa tenang dan bangga diri kerana dapat berpegang teguh kepada Islam yang sebenar.
Nilai Islam daripada perbuatan manusia Justeru, beliau berpendapat apa yang berlaku kepada Lea ialah wanita itu menilai Islam daripada perbuatan manusia yang tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam dan tidak boleh memberi contoh teladan yang baik. Katanya, jika Lea merujuk kepada al-Quran dan sunah, dia akan mendapati bahawa al-Quran dan sunah tidak pernah mengajak kepada perkara yang buruk.
"Dia dan keluarganya perlu berfikir panjang (sebelum murtad) kerana ramai dalam kalangan penganut agama lain yang bercita-cita untuk memeluk Islam.
"Contohnya, ketika ceramah (pendakwah antarabangsa) Dr Zakir Naik yang pakar dalam perbandingan agama, ramai penganut agama lain akhirnya memeluk Islam," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Ilmuwan Malaysia (iLMU), Dr Fathul Bari Mat Jahya, berkata beliau sudi bertemu dengan Lea bagi berbincang mengenai ajaran Islam yang sebenar.

Facebook milik Sharifah Farlearton. |

0 Response to "Perbualan Dengan Pasangan Murtad: Diraba Tok Guru Mengaji Antara Punca Murtad"
Post a Comment