.
Aleeya Antasha adalah anak sulung Awie hasil perkahwinannya dengan Arni Nazira. Aleeya telah memuatnaik satu status di Facebook dan Instagramnya yang mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu tirinya, Rozana Misbun di media baru-baru ini adalah palsu. Sebelum ini Rozana ada memaklumkan yang dia sentiasa sibuk menjaga anak-anak. Tak pernah ada masa untuk keluar rumah melakukan kecurangan kerana masanya dipenuhi dengan anak-anak.
Awie jelas terharu dengan apa yang telah dilakukan oleh anaknya yang berusia 15 tahun itu. Kalau ada yang terfikir Awie sengaja menyuruhnya anaknya berbuat demikian, sila padamkan fikiran anda itu. Awie tak pernah sekali pun menyuruh/memaksa anaknya membuat kenyataan sebegitu. Ia lahir dari hati Aleeya sendiri. Kata Awie:-
Luluh sebenarnya hati saya apabila membaca posting yang dimuatnaik olehnya (Aleeya) itu. Sampai menitis air mata saya. Tidak sangka dia sanggup berbuat demikian demi untuk pertahankan saya.Apapun, dia sudah besar. Dia sudah 15 tahun. Dia beritahu saya dia muatnaikkan status berkenaan kerana dia sudah tidak tahan lagi apabila membaca kenyataan dari pihak sebelah sana dan dia mahu ceritakan keadaan yang sebenar.Bayangkan seorang anak yang saya tidak ajar untuk berbuat demikian, tiba-tiba buat macam itu? Dan selalunya, yang akan pertahankan saya adalah anak perempuan saya yang kedua iaitu Putri Aleefa Antasha, 11. Tapi, inilah kali pertama dia berbuat demikian
0 Response to "Status di Fb Aleeya, yang membuatkan Awie Luluh dan Terharu..!"
Post a Comment