.
Ternyata bukan si ibu sahaja yang melalui kesukaran sewaktu proses kelahiran bayi, tapi bidan yang membantu turut terkena tempiasnya.
Di Wilayah Zhejiang, China, seorang bidan yang dikenali sebagai Xu pengsan selepas membantu 11 ibu melahirkan bayi mereka di Hospital First People, Wenling tanpa henti.
Laporan Wenling Daily menyebut, Xu bertugas mengendalikan lapan kelahiran normal dan tiga melalui pembedahan bermula pada jam 12 tengah malam hingga 8.30 pagi.
Xu pengsan sewaktu sedang bertugas kerana terlalu penat dan terpaksa dibantu oleh petugas perubatan yang lain untuk menyedarkannya.
Aduhai, nasib baiklah bidan hospital yang pengsan sebab ramai lagi yang boleh membantu si ibu.
Tapi kalau bidan kampung yang pengsan, memang paniklah satu rumah dibuatnya…
0 Response to "Bidan Pengsan Selepas Sambut Kelahiran 11 Bayi Tanpa Henti Di China"
Post a Comment