Zamani maafkan Pihak yang sebarkan Video.!

.
Zamani memang baik hati dari , Hinggakan memaafkan pihak yang menganiayanya.!

zamani maafkan
Baru-baru ini, Zamani telah pun ditangkap polis kerana mengambil dadah. Tidak lama kemudian, sebuah video dirinya menyanyikan lagu Gerimis Mengundang sambil tangan digari telah pun tersebar. Penyebaran video itu dikutuk oleh orang ramai kerana telah menjatuhkan maruah bekas penyanyi kumpulan Slam ini.

Abang kepada Zamani, Zulfazil Ibrahim, telah pun melawat adiknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini. Berkata kepada media, Zulfazil memaklumkan yang Zamani sudah pun memaafkan pihak yang menyebarkan video tersebut dan meminta isu ini tidak lagi dipanjangkan. Kata Zulfazil:-
Beliau sendiri yang meminta isu ini tidak dipanjangkan dan sudah memaafkan individu terbabit. Saya dan keluarga akur dengan permintaan beliau dan tidak akan mengambil sebarang tindakan.
Ketika beliau ditahan dan penyebaran video ini berlaku, saya langsung tidak tahu sehinggalah dimaklumkan oleh kawan.
Agak terkilan dan sedih dengan penyebaran video ini, tetapi, saya bangga dengan beliau kerana dalam keadaan menghadapi kes ini, beliau tetap sudi memaafkan orang yang bertindak sedemikian
Abang Nara juga amat bangga dan terharu dengan sifat pemaaf Zamani Slam. Malah hari ini salah seorang ahli kumpulan Slam yang lain iaitu Shah telah menulis satu coretan tentang kebaikan Zamani.
zamani
Sikap Zamani ini seharusnya dicontohi. Kalau boleh maafkan, maafkanlah. Panjangkan cerita pun tak guna. Tahniah Zamani. Untuk makluman, kes Zamani akan disebut di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari 2015. Semoga berjaya. Sumber Berita Harian.

0 Response to "Zamani maafkan Pihak yang sebarkan Video.!"

Post a Comment