.
Nah..! Ini tindakan berani seorang lelaki yang membuat sendiri kain rentang kemudian digantung dan dipamerkan atas jejantas agar kekasih hatinya dapat membaca luahan hatinya..!
Kain rentang yang dituju khas buat Emmairaa Ariana Binti Ismail dan digantung di Seri Manjong, Perak ini mencuri tumpuan orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.
Ada pihak kemudiannya merakam gambar kain rentang tersebut dan berkongsikannya di laman sosial, Facebook hingga ia menjadi viral dan tersebar.
“Emmairaa Ariana Binti Ismail, Aku Cinta Padamu…. Cookies Vs Mirmo” luah jejaka itu.
Sayangnya, kesungguhan jejaka itu meluahkan rasa cintanya menerima kecaman di media sosial.
Rata-rata menyifatkan perbuatan itu sebagai kebudak-budakan malah mengganggu kosentrasi para pemandu yang melalui kawasan tersebut.
Tak kurang juga, ramai ingin tahu bagaimanalah reaksi Emmairaa Ariana selepas membaca luahan cinta yang digantung secara terang-terangan di tempat awam seumpama ini.. malu atau terharu?-Bernama.
0 Response to "Luahan Cinta seorang remaja lelaki di Jejantas diKecam Media..!"
Post a Comment