.
Maklimlah bukan semua negara mengalami musim sejuk dengan cuaca yang tidak menentu.
SAO PAULO, (MLP) - Oleh sebab terlalu panas, para penumpang yang berada di dalam satu pesawat di sini telah membuka pintu kecemasan. Ia difahamkan bahawa pesawat itu mempunyai masalah dengan sistem penghawa dingin.
Pesawat dengan 130 penumpang itu sepatutnya berangkat ke Sao Paulo dari Rio de Janeiro tetapi terkandas di landasan untuk beberapa jam pada hari Ahad, 17 Januari 2015. Siaran televisyen Globo telah menyiarkan rakaman dari dalam pesawat yang terlibat dan penumpang yang kepanasan dapat dilihat mengipaskan diri sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk membuka pintu kecemasan.
Seorang penumpang memberitahu Globo bahawa dia ''rasakan seperti berada di dalam sauna'' manakala seorang lagi berkata ''semua penumpang asyik mengadu kerana panas''. Terdapat juga seorang penumpang wanita yang hampir pengsan dan ramai lagi sentiasa mengelap muka mereka dengan air.
Syarikat penerbangan Brazil, Gol dalam satu kenyataan telah berkata bahawa unit-unit penghawa dingin telah rosak ketika berada di lapangan terbang. Penumpang kemudiannya dipindahkan ke sebuah pesawat yang lain. Kenyataan itu juga menyatakan bahawa segala langkah untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan penumpang akan diambil.
Brazil kini sedang mengalami musim panas di mana suhu panas boleh mencecah 40 darjah selsius.
0 Response to "Penumpang buka pintu pesawat kerana panas."
Post a Comment