.
“KALAU tengah lapar, nasi putih dengan ikan goreng pun sedap!”
Kami pasti ayat sebegini pernah keluar dari mulut para pembaca sebelum ini, betul tak?
Harapnya tak adalah pembaca yang tengah lapar sekarang, apatah lagi melihat gambar yang kami kongsikan di atas sebab hidangan itu bukan untuk manusia.
Sebaliknya, ia disediakan oleh insan berhati mulia untuk haiwan kesayangan Rasulullah SAW iaitu kucing.
Bukan setakat dihidangkan dalam pinggan kertas, isi ikan tersebut juga dihancurkan oleh si pemberi dan digaul bersama nasi.
Amboi, kenduri sakanlah kucing-kucing ni!
Apapun, kami doakan semoga insan yang memberi sedekah kepada haiwan ini dimurahkan rezekinya dunia dan akhirat. Amin… -MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Nampak Sedap.. Tapi Hidangan Ini Hanya Untuk Kucing"
Post a Comment