Insiden pramugari jatuh ke atas jururawat selesaikan di mahkamah.

.


KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, AirAsia X mengesahkan saman seorang jururawat dari Melbourne, Australia, Erin Crocker, 36, kerana insiden pramugari yang terjatuh keatasnya ketika pesawat melanggar kawasan berawan di Thailand.

Bagaimanapun menurut jurucakap syarikat itu, mereka tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan susulan kerana kes itu sudah dirujuk ke mahkamah di Australia.

"Kita menerima saman itu dan mengesahkan kes itu.

"Bagaimanapun kita tidak akan memberi sebarang kenyataan kerana peguam Crocker sudah membawa kes itu di mahkamah di sana," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Memetik laporan akhbar Australia Herald Sun, Crocker memberitahu,kejadian yang dialaminya tahunlalu itu menyebabkannya mengalami keretakan tulang kaki dan ligamen terkoyak yang memerlukan pembedahan.

Crocker bagaimanapun menolak penyelesaian dari AirAsia dan mahu penyelesaian di mahkamah selain mahu menuntut hak terhadap insiden berkenaan.

Peguam Crocker, Nancy Yonan Arnold Thomas dan Becker berkata, Crocker turut menuntut ganti rugi bagi kesakitan dan penderitaan, kehilangan kesenangan hidup, perbelanjaan perubatan dan kehilangan pendapatan.

0 Response to "Insiden pramugari jatuh ke atas jururawat selesaikan di mahkamah."

Post a Comment