.
GEORGE TOWN, (MLP) - Mohd Hazir Abdul Ghafor, 30, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana telah merogol seorang gadis yang berumur 13 tahun diberi hukuman tambahan penjara 10 tahun dengan satu sebatan rotan oleh Mahkamah Tinggi.
Mohd Hazri yang pada masa itu berusia 24 tahun telah mengaku merogol gadis yang berumur 13 tahun di sebuah pangsapuri di Kampung Melayu, Air Itam di antara bulan Mac dan Mei 2009. Gadis itu telah hamil dan bukti DNA anaknya telah mengesahkan tuduhan itu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azmi Ariffin telah meningkatkan tempoh hukumannya dari 5 tahun hingga 10 tahun di penjara dengan berkata ''sebagai seorang dewasa, dia telah mengambil kesempatan seorang gadis tingkatan 1, merosakkan masa depannya dan telah membawa malu kepada gadis dan keluarganya''.
Hakim juga berkata sebagai ''seorang beragama Islam, Mohd Hazri perlu tahu bahawa kelakuan seperti ini dikutuk di dalam Islam dan agama-agama yang lain''.
Mohd Hazri telah didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Jenayah yang boleh membawa hukuman penjara maksima selama 20 tahun.
Kredit Foto: The Malay Mail
0 Response to "Hukuman penjara ditingkatkan kerana ' merogo l'."
Post a Comment