Suami Alyah punyai isteri lain terbongkar,!

.
12 januari 2015


Akhirnya Datin Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hassan
 merungkai jawapan sebenar.
Alyah mendedahkan Ramli telahpun menikahi seorang gadis, Siti Hafilah Che Kar, dalam diam-diam tanpa pengetahuannya.
Komen Alyah,
“Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumahtangga saya. Saya hidu cerita ini lama tapi baru sahaja dapat bukti bergambar.
“Saya reda dengan apa sahaja yang bakal terjadi. Lepas satu dugaan demi satu dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.
Sebelum ini wanita itu pernah bercakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti.”
Kata Alyah, sepanjang usia perkahwinan mereka, suaminya menegah untuk mereka bergambar berdua apatah lagi memuatnaik di laman Instagram.
“Umpama saya ini tiada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tak. Saya terima apa sahaja dugaan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur.” – MYNEWSHUB.CC
umie_copy.transformed

0 Response to "Suami Alyah punyai isteri lain terbongkar,!"

Post a Comment