.
Bekas peserta program hiburan Mentor, Dewi Liana Seriesta dinobatkan sebagai Miss Talent pada pusingan akhir pertandingan Miss World 2014 yang diadakan di Auditorium Exel, London pada Ahad lepas.
Pada malam tersebut, Dewi mendendangkan lagu berjudul Don Juan Triumphant dari muzikal The Phantom of The Opera, lantas mengetepikan 120 calon lain bagi merangkul gelaran tersebut.
Ketika dihubungi portal MStar, Dewi berkata, dia tidak menjangkakan kemenangan tersebut memandangkan saingat sengit yang diberikan para peserta lain.
Walau bagaimanapun, ujarnya, kemenangan tersebut didedikasikannya kepada seluruh rakyat Malaysia.
Bercakap soal pemilihan lagu, ujar gadis berusia 25 tahun itu, lagu tersebut jadi pilihannya kerana mencabar kemampuan vokal dan bersyukur ia disukai para juri yang menilai.
“Menyanyi di atas pentas dan disaksikan oleh penonton di seluruh dunia cukup mendebarkan tetapi ia adalah pengalaman berbaloi dan akan jadi memori terbaik sepanjang hidup saya.”
Dewi berjaya tersenarai dalam 16 peserta terbaik dunia. Miss World 2014 disandang oleh peserta dari Afrika Selatan, Rolane Strauss yang merupakan penuntut bidang perubatan berusia 22 tahun.
Sebelum ini, Dewi terpilih sebagai protege kepada penyanyi terkenal, Liza Hanim dalam program Mentor musim pertama yang bersiaran pada 2010.
Julai lalu pula, bakat Dewi turut diiktiraf di peringat antarabangsa apabila merangkul kemenangan lima pingat di World Championship of Performing Art (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat. –MYNEWSHUB.CC
Video Persembahan Dewi Bersama Beberapa Peserta Lain Di Miss World 2014
0 Response to "Tahniah !!! Bekas Peserta Mentor Menang Miss Talent, Miss World 2014 !"
Post a Comment