Aktor Wajib Pakai K@ndom, Industri Filem P@rno California Terjejas

.
LOS ANGELES – Tindakan Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan undang-undang California yang mewajibkan pelakon lelaki memakai k@ndom dijangka menyebabkan industri filem p@rn@grafi negeri itu merosot teruk, lapor media tempatan.
Ia bertambah parah apabila perakuan mahkamah tertinggi negara itu semalam bakal mengakibatkan ramai pengusaha filem l@cah berpindah ke negeri lain antaranya Nevada dan Florida yang membenarkan aktor tidak memakai k@ndom ketika penggambaran.
“Ramai tidak sedar, tindakan California mewajibkan kondom masa beraksi dalam set telah merencatkan industri p@rn@grafi tempatan daripada 500 judul filem pada 2012 kepada 40 tahun lalu dan mungkin lagi teruk tahun ini,” kata seorang sutradara yang enggan dikenali.
Hakim Persekutuan, Susan P Graber pada Selasa memperakui undang-undang kontroversi negeri pusat Hollywood tersebut sebagai tidak bercanggah langsung dengan kebebasan bersuara termaktub di bawah perkara pertama hak asasi rakyat oleh Perlembagaan AS.
“Mesej ingin disampaikan oleh pengusaha filem l@cah California dengan menggambarkan z@kar terbiar tanpa k@ndom sebagai baik sebenarnya secara tersirat gagal difahami, apatah lagi penonton muda juga tidak jelas apa faedah bersetubuh tanpa k@ndom,” tegas Susan.
Undang-undang kontroversi itu diluluskan menerusi pungutan suara di seluruh California pada November 2012 dan dikenali sebagai Measure B, sekali gus mewajibkan syarikat produksi filem p@rn@grafi mematuhi peraturan pemakaian k@ndom bagi aktor l@cah.
Measure B malah mendapat sokongan kuat Yayasan AIDS AS sebagai memenuhi standard asas kesihatan awam dan usaha pemerintah California bagi melindungi tahap kesihatan alat kelamin semua pelakon p@rn@grafi daripada jangkitan HIV/AIDS. – Agensi
Sekumpulan pelakon lelaki l@cah menyokong undang-undang California mewajibkan pemakaian k@ndom ketika penggambaran filem p@rn@grafi demi melindungi kesihatan mereka. – Gambar hiasan

0 Response to "Aktor Wajib Pakai K@ndom, Industri Filem P@rno California Terjejas"

Post a Comment