.
06 dec 2014
Seorang lelaki Britain, Keith Martin, yang disahkan lelaki paling gemuk di muka bumi, telah meninggal dunia,umum keluarganya. kematiannya disebabkan masalah paru-paru berair. ketika meninggal dunia mac lalu, dia memiliki berat yang mencecah 444 kilogram.
Perkara itu hanya dimaklumkan kepada media jumaat lalu
Keith berhadapan dengan masalah berat badan berlebih hampir keseluruhan tempoh umur dewasanya. Ia bermula dengan kematian ibunya yang menyebabkan dia mula makan dengan lebih banyak.
Pada satu peringkat, Keith mengambil sehingga 20,000 kalori sehari, 9 kali lebih banyak daripada jumlah yang dicadangkan.Pada awal tahun, dia telah menjalani pembedahan pintasan gastrik bertujuan untuk menurunkan berat badan.
Pembedahan itu berjaya namun keenganan Keith untuk tinggal di hospital (akibat homesick) dan keluar tanpa kebenaran doktor, merumitkan proses rawatan selepas pembedahan.Dia mula mendapat pelbagai penyakit dengan paru-paru berair merupakan yang terakhir sebelum menemui maut.
Lihat videonya >>DI SINI<<
Lihat videonya >>DI SINI<<
Lihat videonya >>DI SINI<<
0 Response to "lelaki paling gemuk meninggal dunia."
Post a Comment